Idea datang tiba-tiba,
Lupa pun tiba-tiba.
Catitan pertama 2012 nie. Banyak azam aku untuk tahun nie tapi yang paling dewa ialah aku nak berubah jadi manusia yang tak bangsat. Maknanya, nak jadi manusia betul-betul Hamba Tuhan, bukan hamba manusia, hamba duit, hamba kerja dan lain-lain hamba duniawi. Insya Allah, doakan aku.
Mak aku selalu pesan supaya jadi orang, jadi manusia bukan binatang. Hormat orang, jaga perasaan orang, jaga tingkah laku, jaga kehormatan, dan lain-lain dengan ingat Tuhan. Tapi kadang-kadang aku lupa. Selalu lupa.
Aku selalu lupa, orang lain pun makan nasi, minum air macam aku. Maknanya ada hati & perasaan macam aku. Demi jaga hati perasaan aku, hati perasaan orang lain aku bangsatkan. Kejam.!
Bicara dengan membelakangkan akal,
Tindak dengan membelakangkan akal,
Fikir dengan membelakangkan orang,
Fikir
dengan membelakangkan Agama.
Untuk
Gadis aku calarkan perasaan,
Gadis aku koyakkan jiwa,
Gadis aku biarkan sakit,
Gadis aku ketepikan seketika,
Maafkan aku.
Aku hanya Hamba Tuhan yang terlalu banyak khilaf.
Kasih, sayang, cinta, perhatian, keselesaan, masa, budi, jasa dan segala-galanya kau beri.
Terima kasih. Sangat dihargai & mungkin susah nak balas atau tak mungkin dapat balas.
Semua itu aku tak buang malah tak lupa, cuma aku ketepikan seketika untuk keselesaan bersama.
Fahami & tahukah anda bahawa;
Bila kita over acting, banyak mulut yang megumpat mengata.
Bila kita terlebih cakap, banyak tempayang ternganga mulut.
Bila kita terlebih hanyut, kita lupa pada Pemilik kita.
Semua pasal terlebih.
Buat Gadis, maafkan aku, ampuni aku, bimbinglah aku, jelaskan padaku.
Ilham dari otak yang hatinya kusut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
ye..aku nk dengar apa katamu.!!!