Isnin, Januari 09, 2012

Kejap lagi dah masuk 16 Safar 1433 Hijrah. Aku masih lagi di bilik konkrit, katil yang sama, beralamat rumah sama. Tak kesah sebab aku tetap sama, mungkin perangai dan tingkah laku berbeza. Mungkin lebih kepada kebinatangan atau kepada kemanusiaan. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Adam Adli.

Dua ikon yang sangat tinggi diangkat sejak awal tahun lagi. 9 Jan 2012 kedua-dua hero (aku angkat sebagai hero filem realiti dunia Malaysia) menunggu keputusan untuk masa depan mereka dan mungkin masa depan rakyat Malaysia. Alhamdulillah, kebenaran berpihak pada DSAI daripada dituduh meliwat Saiful Bukhari. Tetapi malang buat Adam Adli terpaksa digantung 3 semester. Apa yang hebat, seolah-olah Umno iaitu Pak2 Menteri, Orang Tua Korup, Pertubuhan kononnya amal makruf nahi mungkar, pertubuhan kononnya lagi hebat dari PBB dan pertubuhan sekitar-sekitar mereka sangat takut kepada DSAI. Manusia-manusia ini seolah sangat hebat dari Pengatur Alam Semesta kerana menghukum, mencaci, menyebar fitnah sebelum mahkamah menentukan siapa salah siapa benar. Mereka hebat seolah mereka punyai Malaysia, mereka yang menurunkan rezeki kepada hamba marhein, mereka yang mengeluarkan minyak dari isi Bumi. Nauzubillah.

"Amar makruf nahi mungkar" slogan yang mereka pakaikan pada badan mereka. Perkataan bahasa Arab yang mereka faham tetapi tidak ikuti. Seolah generasi pavilion yang memakai pakaian yang tertulis bahasa asing yang mereka sendiri tidak faham maksudnya demi gaya dan urban. Kononnya up-to-date. Amar Makruf Nahi Mungkar tetapi seolah tiada pegangan agama. Berambut karat ala mat saleh, ber-bangle silver besar & bertindik ala gangster Mexico, berbaju melayu hitam konon pahlawan, bersongkok hitam konon jemaah masjid. Jelik dan bangsat. Pertubuhan dakwah Islam yang menunaikan Solat Hajat selepas waktu Asar. Tidakkah mereka tahu Solat Hajat selepas Asar adalah haram.? Salah satu hadis Nabi SAW;


Sabda Nabi –sallallahu ‘alahi wasallam-; “Tidak ada solat selepas solat subuh hingga matahari meninggi dan tidak ada solat selepas solat asar hinggalah matahari terbenam” (HR Imam al-Bukhari dari Abi Sa’id al-Khudri, Bab La Tataharra as-Solah Qabla Ghurub as-Syams).

Cukup setakat ini kutukan dan gelaran untuk mereka iaitu Pertubuhan Islam Melayu yakni Melayu yang berjuang Islam ala Melayu cara Melayu yang mereka ciptakan. Keji dan bangsat.

Untuk DSAI & Adam Adli, berjuang dengan meminta pertolongan Allah SWT.




Maghrib dah masuk, boleh la kiranya nak solat hajat.

Selasa, Januari 03, 2012

Kuih, Manusia dan Bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan, macam-macam kuih ada.
Manusia, macam-macam perangai ada.

Kuih, macam-macam warna ada.
Manusia, macam-macam warna jugak.

Kuih, macam-macam bentuk ada.
Manusia, macam-macam bentuk ada.

Kuih, macam-macam rasa ada.
Manusia, macam-macam rasa ade. 
Antaranya; baik, buruk, jahat, bangsat, dengki, hasad, banyak sangat.


Pilihan: kuih, manusia atau bazar Ramadhan.?

Isnin, Januari 02, 2012

Gadis aku calarkan perasaan

Idea datang tiba-tiba,
Lupa pun tiba-tiba.

Catitan pertama 2012 nie. Banyak azam aku untuk tahun nie tapi yang paling dewa ialah aku nak berubah jadi manusia yang tak bangsat. Maknanya, nak jadi manusia betul-betul Hamba Tuhan, bukan hamba manusia, hamba duit, hamba kerja dan lain-lain hamba duniawi. Insya Allah, doakan aku.

Mak aku selalu pesan supaya jadi orang, jadi manusia bukan binatang. Hormat orang, jaga perasaan orang, jaga tingkah laku, jaga kehormatan, dan lain-lain dengan ingat Tuhan. Tapi kadang-kadang aku lupa. Selalu lupa.

Aku selalu lupa, orang lain pun makan nasi, minum air macam aku. Maknanya ada hati & perasaan macam aku. Demi jaga hati perasaan aku, hati perasaan orang lain aku bangsatkan. Kejam.!

Bicara dengan membelakangkan akal,
Tindak dengan membelakangkan akal,
Fikir dengan membelakangkan orang,
Fikir dengan membelakangkan Agama.

Untuk
Gadis aku calarkan perasaan,
Gadis aku koyakkan jiwa,
Gadis aku biarkan sakit,
Gadis aku ketepikan seketika,
Maafkan aku.

Aku hanya Hamba Tuhan yang terlalu banyak khilaf. 

Kasih, sayang, cinta, perhatian, keselesaan, masa, budi, jasa dan segala-galanya kau beri.
Terima kasih. Sangat dihargai & mungkin susah nak balas atau tak mungkin dapat balas.
Semua itu aku tak buang malah tak lupa, cuma aku ketepikan seketika untuk keselesaan bersama.

Fahami & tahukah anda bahawa;
Bila kita over acting, banyak mulut yang megumpat mengata.
Bila kita terlebih cakap, banyak tempayang ternganga mulut.
Bila kita terlebih hanyut, kita lupa pada Pemilik kita.
Semua pasal terlebih.

Buat Gadis, maafkan aku, ampuni aku, bimbinglah aku, jelaskan padaku.


Ilham dari otak yang hatinya kusut.

Jumaat, Disember 23, 2011

Aku Manusia Ego

Ego..
sifat yang ada pada manusia
ego itu keji.

Kau tau ego itu keji,
ego buat orang jijik,
ego buat orang sakit hati,
ego buat orang menyampah,
ego buat orang benci..itu dasyat.!

Ya Allah, hindarkan aku dari sifat ego.

Kerana ego,
kawan kau kecewa, benci, jauhkan diri...
keluarga kau kecewa, benci, jauhkan diri...
kekasih hati kecewa, benci, jauhkan diri...
Tuhan murka, tidak redha..itu dasyat.!

Ya Allah, hindarkan aku dari sifat ego.

Buat yang disayangi,
maafkan segala salahku.

Buat kawan-kawan disenangi,
maafkan khilafku,

Buat keluarga sayang paling dalam hati,
maafkan segala tingkah lakuku.

Buat Maha Esa, pencipta roh & jasad keji ini,
ampunkan segala dosa-dosaku.

Buat yang disayangi (Yam),
maafkan saya.


mood: rasa sangat kecik, terpinggir, terkurung dalam taman konkrit gelap dan sesak.

Khamis, Disember 22, 2011

Perampas Nasi Dalam Pinggang

Setan yang mengangkang..
Bermuka bangga, bagus, berjasa..
Kononnya laa...

Tapi,
Banyak yang disonglap,
sedikit untuk golongan hamba untuk dijadikan jasa,
kononnya berjasa...

Kita, *bukan aku, aku tak pernah redha nasi dalam pinggang aku dirampas*

Mereka,
mereka ibarat tikus.
cari lebihan benda manis untuk terus hidup.
ketawa jika dapat,
setia jika tak dapat.

Tikus takkan pernah tahu bahawa tikus adalah keji,
cukup sesuai untuk diracun sampai mati,
cukup puas untuk disepak dengan steel toe,
cukup girang untuk dipijak,
cukup tenaga untuk dilontar jauh,
cukup tanah untuk dikambus,
cukup segala-galanya untuk tikus.
tikus-tikus segak bersongkok tinggi.

Ibarat orang tua dengan korupnya,
lambat laun akan tenggelam.

Istimewa untuk Orang Tua Korup & Tikus-tikusnya.

p/s: Tajuk ditiru dari ayat Iwan Fals. Kenapa selalu dia.?
Sebab dia hebat.