Isnin, Disember 19, 2011

Hanyut

Malam yang agak rakus memamah masa
ibarat rokok yang disedut sampai pipi kempis.
Rokok. Ya, rokok.
Teman kurang khasiat aku selain kaffein.
Teman yang dah habis.
Banyak yang ku buang asapnya, tp saki baki yang ibarat duri tertinggal di peparu.
Ye dah lama aku merokok.

Tapi...
Bukan pasal Marlboro Light yang aku nk muntahkan
tapi pasal malam yang agak jahat bagi aku.

Iwan Fals peneman yang aku paksa telinga aku telan seketul-seketul liriknya. Dia pemuzik dasyat, yang aku rasa ramai Indonesian angkat tinggi-tinggi.

Tidur...

Masalah yang selalu aku hadapi, selalu muncul dengan girang waktu aku girang.
Sombong tika aku dambakan. Jahanam kerja-kerja aku.

p/s: memang..ye memang susah tido. Bak kata Yam, banyakkan zikir. Ye yam, saya cuba.
Ayat yang selalu aku bagi. Masa ni idea datang berlambak, tapi aku perlu tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ye..aku nk dengar apa katamu.!!!