Jumaat, Disember 23, 2011

Aku Manusia Ego

Ego..
sifat yang ada pada manusia
ego itu keji.

Kau tau ego itu keji,
ego buat orang jijik,
ego buat orang sakit hati,
ego buat orang menyampah,
ego buat orang benci..itu dasyat.!

Ya Allah, hindarkan aku dari sifat ego.

Kerana ego,
kawan kau kecewa, benci, jauhkan diri...
keluarga kau kecewa, benci, jauhkan diri...
kekasih hati kecewa, benci, jauhkan diri...
Tuhan murka, tidak redha..itu dasyat.!

Ya Allah, hindarkan aku dari sifat ego.

Buat yang disayangi,
maafkan segala salahku.

Buat kawan-kawan disenangi,
maafkan khilafku,

Buat keluarga sayang paling dalam hati,
maafkan segala tingkah lakuku.

Buat Maha Esa, pencipta roh & jasad keji ini,
ampunkan segala dosa-dosaku.

Buat yang disayangi (Yam),
maafkan saya.


mood: rasa sangat kecik, terpinggir, terkurung dalam taman konkrit gelap dan sesak.

Khamis, Disember 22, 2011

Perampas Nasi Dalam Pinggang

Setan yang mengangkang..
Bermuka bangga, bagus, berjasa..
Kononnya laa...

Tapi,
Banyak yang disonglap,
sedikit untuk golongan hamba untuk dijadikan jasa,
kononnya berjasa...

Kita, *bukan aku, aku tak pernah redha nasi dalam pinggang aku dirampas*

Mereka,
mereka ibarat tikus.
cari lebihan benda manis untuk terus hidup.
ketawa jika dapat,
setia jika tak dapat.

Tikus takkan pernah tahu bahawa tikus adalah keji,
cukup sesuai untuk diracun sampai mati,
cukup puas untuk disepak dengan steel toe,
cukup girang untuk dipijak,
cukup tenaga untuk dilontar jauh,
cukup tanah untuk dikambus,
cukup segala-galanya untuk tikus.
tikus-tikus segak bersongkok tinggi.

Ibarat orang tua dengan korupnya,
lambat laun akan tenggelam.

Istimewa untuk Orang Tua Korup & Tikus-tikusnya.

p/s: Tajuk ditiru dari ayat Iwan Fals. Kenapa selalu dia.?
Sebab dia hebat.

Isnin, Disember 19, 2011

Kebinatangan oh binatang

Kebinatangan...
Manusia kejam iaitu manusia yang fikir mereka yang aturkan segalannya.
Manusia yang lupa yang mereka HAMBA TUHAN.
Mungkin mereka banyak makan semut kertas berprofil agung atau banyak harta, kuasa.

Mereka ibarat raja yang agung...

Kita.?
Hanya anak-anak yang hanya boleh dibeli dengan lolipop. Itu kata mereka pada kita.

Ye..
Sedarlah..
Pijak dibumi, berbumbungkan langit..
Jangan hanya pandang kipas berkawalan jauh, bersiling kapur indah..
Itu keindahan ketika mata masih lagi cerah untuk melihat,
jari masih lagi kuat menekan alat kawalan jauh,
poket masih lagi mampu tukar bateri alat kawalan jauh.

Mual, geli, rasa bangsat bila semua dipertikai...
Seolah anak kecil dinafikan kain lampin.

Perit tapi masih syukur.
Alhamdulillah, masih lagi senang didunia Tuhan.
Biarkan mereka hanyut dalam dunia mereka.

Allahu Rabbi, jauhkan aku dari sifat-sifat yang kamu keji.

Amin Ya Rabb.


Paham lagu nie.? Tak.?
Lantak, takde mase nak fahamkan orang malas.

p/s: sekarang aku banyak dengar Iwan Fals.
Bak kate Iwan Fals "mudah-mudahan kita dapat membongkar sifat kebinatangan kita"


Hanyut

Malam yang agak rakus memamah masa
ibarat rokok yang disedut sampai pipi kempis.
Rokok. Ya, rokok.
Teman kurang khasiat aku selain kaffein.
Teman yang dah habis.
Banyak yang ku buang asapnya, tp saki baki yang ibarat duri tertinggal di peparu.
Ye dah lama aku merokok.

Tapi...
Bukan pasal Marlboro Light yang aku nk muntahkan
tapi pasal malam yang agak jahat bagi aku.

Iwan Fals peneman yang aku paksa telinga aku telan seketul-seketul liriknya. Dia pemuzik dasyat, yang aku rasa ramai Indonesian angkat tinggi-tinggi.

Tidur...

Masalah yang selalu aku hadapi, selalu muncul dengan girang waktu aku girang.
Sombong tika aku dambakan. Jahanam kerja-kerja aku.

p/s: memang..ye memang susah tido. Bak kata Yam, banyakkan zikir. Ye yam, saya cuba.
Ayat yang selalu aku bagi. Masa ni idea datang berlambak, tapi aku perlu tidur.

Langkah Pertama

Setiap ape menatang pon kita nak buat, mesti dengan langkah pertama dan Bismillah.
Takde langkah tu, memang takde hasil.
Jadi, atas dasar aku nak menulis atas aku rase bebas nk menulis, jadi nie la langkah pertama aku jadi penulis alam maya.

macam selalu aku cakap pada sesape, jangan angkat aku tinggi sebab aku rendah, sebab aku gayat tempat tinggi. kalo jatuh mesti mati, paling tidak patah kaki. Kalo patah, takde la langkah pertama.

p/s: otak aku agak kaku sebab, memang aku bukan jiwa seni. tapi aku cuma pemeran atas dunia Ilahi.